Perak FA II
Perak FA II

Perak FA II

Persatuan Bola Sepak Perak II juga dinamakan Perak FA II atau Perak II yang berpusat di Ipoh, dalam negeri Perak. Ditubuhkan pada 30 Julai 2015 sebagai sebahagian daripada kelab sukan dan rekreasi untuk Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC). Kelab ini digabungkan dengan Perak FA pada akhir tahun 2019 sebagai satu kelab pembangunan pemain muda. Pasukan yang sebelum ini dikenali sebagai PKNP FC, dijenamakan menjadi pasukan feeder sebagai syarat penyertaan kelab feeder. Akan memulakan musim 2020 sebagai pasukan simpanan Perak FA dan akan bermain di Liga Premier Malaysia menggunakan Stadium Majlis Perbandaran Manjung dengan kapasiti 15,000 tempat duduk.